Pendaftaran Pelajar Baru Sesi 2016

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Sekolah Agama Menengah Tinggi Al-Rahman telah membuka pendaftaran pelajar baru bagi sesi 2016. Pendaftaran yanag dimaksudkan termasuklah Sekolah Rendah Islam Al-Rahman dan juga KAFA Integrasi Al-Rahman.

smat-alRAHMAN-BAR

Pada tahun ini, Sekolah Menengah Agama Tinggi Al-Rahman telah membuka pendaftaran bagi tingkatan satu hingga tingkatan 5. Borang pendaftaran boleh didapati di pejabat sekolah pada waktu rasmi pejabat bermula 8 pagi hingga 4 petang.

Syarat-syarat bagi kemasukan ke Sekolah Agama Menengah Tinggi Al-Rahman adalah seperti berikut:

  1. Memperolehi sekurang-kurangnya 2A di dalam UPSR
  2. Memperolehi sekurang-kurangnya LULUS di dalam PSRA
  3. Menguasai asas JAWI,  BAHASA ARAB dan AL-QURAN
  4. Mempunyai rekod disiplin yang baik di sekolah lama

Bagi yang memerlukan kemudahan asrama, pihak sekolah juga menyediakan kemudahan penempatan yang dilengkapi dengan kemudahan terkawal serta guru warden yang berpengalaman. Kemudahan asrama perlu dipohon sewaktu pendaftaran dibuat.

Untuk pengetahuan umum, Sekolah Menengah Agama Tinggi Al-Rahman telah melahirkan 4 generasi pelajar lepasan SPM yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti-universiti tempatan dan juga luar negara. Ini termasuklah UIAM, UKM, dan USIM. Bagi luar negara pula termasuklah Mesir, Jordan dan Syiria.

Sebagai makluman, sesi persekolah akan bermula pada pukul 7.30 pagi dan akan berakhir pada pukul 3.00 petang bagi hari Isnin hingga Khamis. Manakala bagi hari Jumaat, sesi persekolahan akan bermula pada pukul 7.30 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengahari.spacersekolah-rendah-bar

Sekolah Rendah Islam Al-Rahman membuka pendaftaran bagi tahun 2016 bagi Darjah satu hingga darjah 6. Bagi pendaftaran pelajar tahun 1, pihak sekolah memohon kepada ibu & bapa untuk membuat pendaftaran lebih awal kerana tempat adalah terhad.

Syarat-syarat bagi kemasukan ke Sekolah Rendah Islam Al-Rahman adalah seperti berikut:

  1. Telah tamat daripada mana-mana pra-sekolah yang diiktiraf (Bagi permohonan kemasukan darjah 1)
  2. Mempunyai asas BAHASA MELAYU, JAWI dan MEMBACA AL-QURAN (Termasuk IQRA’)
  3. Mempunyai rekod disiplin yang baik di sekolah lama

Untuk makluman, sesi persekolah akan bermula pada pukul 7.30 pagi dan akan berakhir pada pukul 3.00 petang bagi hari Isnin hingga Khamis. Manakala bagi hari Jumaat, sesi persekolahan akan bermula pada pukul 7.30 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengahari.spacerkafa-integrasi

KAFA Integrasi Al-Rahman membuka pendaftaran bagi darjah satu hingga darjah enam untuk sesi 2016. Pendaftaran bagi darjah satu hendaklah dibuat lebih awal kerana tempat adalah terhad.

Syarat-syarat bagi kemasukan ke Sekolah Agama Menengah Tinggi Al-Rahman adalah seperti berikut:

  1. Mempunyai asas JAWI
  2. Mempunyai asas AL-QURAN termasuk IQRA’

Untuk makluman, sesi persekolah akan bermula pada pukul 7.30 pagi dan akan berakhir pada pukul 10.30 pagi bagi sesi pagi dan 2.30 petang hingga 5.30 petang bagi sesi petang.

bottom-bar-pendaftaran