Lawatan Sektor Pengurusan Naziran, Bahagian Pendidikan Islam JAIS


Pada 20 Ogos 2015 bersamaan hari Khamis, pihak sekolah dengan berbesar hati telah menerima Lawatan Sektor Pengurusan Naziran, Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi tujuan pengauditan pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Menengah Agama Tinggi Al-Rahman.

naizran-1Lawatan yang terdiri 3 wakil bahagian itu telah bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang. Antara pantauan yang telah dilaksanakan termasuklah keprofesionalan guru-guru di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan juga pengurusan pentadbiran sekolah.

Selain itu juga, fasiliti dan juga prasarana turut dipantau bagi memastikan keadaan sekolah sentiasa berada pada tahap yang optimum. Pihak sekolah juga menerima komen positif dan juga cadangan penambahbaikan yang sangat membina.

naziran-2Di kesempatan ini, pihak sekolah sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Sektor Pengurusan Naziran, Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Selangor kerana sudi datang bertandang untuk tujuan pengauditan ini.

Sebagai akhirnya, ikhlas dari hati kami, jazakallahu khairan kathira.