Majlis Anugerah Kecemerlangan PSRA 2015

IMG-20151121-WA002118 November 2015, bertempat di Dewan Al-Rahman, dengan limpah dan kurniaan Allah Taala, Majlis Anugerah Kecemerlangan PSRA 2015 telah diadakan bagi meraikan kejayaan pelajar-pelajar SRI Al-Rahman dan juga KAFA Integrasi Al-RAhman. Majlis yang bermula pada jam 8.00 malam itu telah dihadiri oleh lebih kurang 120 orang pelajar dan juga ibu bapa. Juga Tuan Haji Amir sebagai tetamu VIP yang menjadi penyumbang utama majlis pada malam ini. Tuan Haji Amir adalah pemilik dan penulis blog http://www.denaihati.com.

IMG-20151121-WA0023Pada tahun ini, seramai 12 orang pelajar SRI Al-Rahman telah mendapat pangkat MUMTAZ dan 11 orang pelajar KAFA Integrasi Al-Rahman mendapat pangkat MUMTAZ, tahniah diucapkan! Pada tahun sebelumnya, KAFA Integrasi Al-Rahman telah dianugerah dengan Peratusan GPS Terbaik bagi daerah Hulu Langat.

IMG-20151121-WA0024Peratusan kelulusan juga menunjukkan prestasi yang memberangsangkan berbanding tahun lepas. Insya Allah, delegasi kejayaan ini akan dipertingkatkan lagi pada tahun hadapan dengan pelbagai penambahbaikan.

IMG-20151121-WA0022Tahniah juga diucapkan kepada para ibu bapa yang turut menyambungteruskan pembelajaran anak-anak di rumah. Tanpa usaha yang berterusan di rumah, mana mungkin pencapaian ini dapat diraih.

IMG-20151121-WA0025Untuk rekod, pada tahun ini, salah seorang pelajar KAFA Integrasi Al-Rahman telah dinobatkan sebagai Murid Cemerlang PSRA 2015 Peringkat Negeri Selangor dengan peratusan 99.8%. Tahniah sekali lagi diucapkan!

Untuk pengetahuan semua juga, sehingga tahun ini, Al-Rahman telah melahirkan 4 generasi pelajar yang telah berjaya melanjutkan pelajaran sehingga peringkat universiti. Antaranya USIM, UIAM, UM dan juga KUIS. Juga universiti di luar negara seperti University Of Jordan dan juga Universiti Al-Azhar, Mesir.

Majlis berakhir pada pukul 10.00 malam dengan jamuan ringan sebagai juadah penutup. Semoga kejayaan ini akan menjadi pembakar semangat dan sumber inspirasi bagi pelajar-prlajar yang akan datang. Doa kami di Al-Rahman, pergunakan sebaik mungkin segala ilmu yang telah diperolehi agar dapat meraih mardhatillah, amin…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s