Program Galakan Suntikan HPV

hpv-1

Meraikan seruan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Sekolah Menengah Agama Tinggi Al-Rahman telah mengadakan program galakan suntikan HPV bagi semua pelajar perempuan sebagai persediaan vaksin kepada kanser serviks.

hpv-2

Mengikut statistik dari Daftar Kanser Kebangsaan, dianggarkan bahawa dua hingga tiga kes baru dilaporkan setiap hari sejak tahun 2007. Oleh yang demikian, pihak sekolah mengambil inisiatif ini bagi memberi perlindungan seawal mungkin kepada para pelajar.

hpv-3

Sebagai bakal modal insan bagi negara Malysia, seharusnya generasi ini dipelihara sedari awal lagi termasuklah dari aspek kesihatan jasmani selain memperkasakan rohani mereka dengan ilmu agama dan juga professional.

hpv-4

Program berakhir pada pukul 2.00 petang. Pada kesempatan ini, pihak sekolah berbesar hati mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua para jururawat yang sudi meluangkan masa untuk menjayakan program ini. Pihak sekolah mengucapkan Jazakallahu khairan kathira.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s