Hari Anugerah Cemerlang 2015 | 29.08.2015

DCR_4437Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah mengizinkan program Hari Anugerah Cemerlang (HAC) 2014 berjalan dengan lancar. Bertempat di Dewan Al-Rahman, 29 Ogos 2015 bersamaan hari Sabtu, Majlis Hari Anugerah Cemerlang telah dilangsungkan bagi memberi penghargaan kepada anak-anak didik Al-Rahman yang telah berjaya mendapat keputusan terbaik pada tahun lepas.

Majlis bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 petang. Majlis penuh gilang-gemiliang pada kali ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Mohammad Amir selaku Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dari Ustaz Redza Bin Emran dan juga alunan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran daripada pelajar SMAT Al-Rahman, Siti Zulaikha Binti Mohd Nazri bagi memberkati lagi majlis pada kali ini.

DCR_3949

Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan daripada Tuan Pengetua Al-Rahman dan kemudiaanya diikuti dengan penyampaian hadiah para pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang.

DCR_4084
Majlis juga diselangi dengan persembahan daripada pelajar sekolah rendah dan juga menengah. Nur Nadiah Binti Mohd Sabri dari sekolah rendah telah menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk ‘menghormati ibu bapa’.

DCR_4159

Manakala persembahan nasyid telah didendangkan oleh kumpulan nasyid sekolah menengah.

DCR_4353
Penyampaian cenderahati kepada Yang Berbahagia Tuan Haji Amir Bin Hassan yang menjadi penyumbang tetap kepada Sekolah Al-Rahman.

DCR_4447

Penyampaian cenderahati kepada Yang Berbahagia Tuan Haji Ruzmi Bin Mohd Rawi selaku Penyelia Naziran JAIS, Hulu Langat.

DCR_4440

Penyampaian cenderahati kepada Puan Hajjah Noraini Binti Haji Osman selaku Pengetua Sekolah Al-Rahman.

DCR_4442

Yang Berbahagia Tuan Haji Mohammad Amir (Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam JAIS ) sedang menyampaikan hadiah kepada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang SPM 2014.

DCR_4127 DCR_4121 DCR_4123

Tuan Haji Mohammad Amir (Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam JAIS ) sedang menyampaikan hadiah kepada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang SMA 2014

DCR_4129 DCR_4130 DCR_4251 DCR_4134 DCR_4133

Puan Hajah Noraini Binti Haji Osman sedang menyampaikan hadiah kepada pelajar-pelajar SRI yang cemerlang pada 2014

DCR_4181 DCR_4180 DCR_4178 DCR_4184 DCR_4189 DCR_4192 DCR_4194

Penyampaian hadiah kepada pelajar kafa disampaikan oleh Puan Noraini Binti Osman

DCR_4204 DCR_4207 DCR_4210 DCR_4214 DCR_4218 DCR_4227

Ibubapa dan guru-guru sedang menikmati makanan tengahari di dewan sekolah yang disediakan oleh Anjung Serai Catering.

DCR_4457 DCR_4458 DCR_4456 DCR_4459

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s