MAJLIS IHYA’ RAMADHAN 2011

Rasa syukur dipanjatkan ke hadrat ilahi kerana diberi peluang kepada kita untuk terus beramal dan berbakti untuk agama. Seperti yang kita maklum madrasah ramadhan baru sahaja berlalu, bermakna ummat islam baru sahaja melalui bulan yang penuh barakah dianugerahkan oleh Rabb kepada hamba-hambaNYA.

Pada ramadhan kali ini pihak sekolah sekali lagi tidak melepaskan peluang untuk sama-sama merebut peluang yang dihamparkan oleh Allah untuk kita dengan mengadakan PROGRAM IHYA’ RAMADHAN sebagai tamabhan pengisian kita di bulan barakah ini.

Program ini yang diketuai oleh Muallim Fahmi dan dijayakan bersama oleh guru-guru lain serta pelajar-pelajar Sekolah Al-Rahman. Dengan sedikit kutipan dari para pelajar dan guru-guru serta sumbangan dari pihak sekolah dan PIBG sekolah, program ini dapat dijayakan dengan meriahnya,bermula pada pukul 4.30 petang hingga keesokan harinya.

Program yang diisi dengan pelbagai acara menarik seperi kuiz ramadhan, pertandingan hafazan dari para pelajar, iftar jam’ie (beramai-ramai), solat maghrib berjemaah, kemudian disusuli pertandingan tazkirah dari pelajar bagi mengasah bakat sebagai pendakwah seterusnya solat isya’ dan tarawih. Kemudian pelajar tidur di musolla dan bangun pada pukul 4.30pagi untuk bersama-sama melaksanakan Qiamullail yang diadakan di surau taman berdekatan dengan sekolah serta bersahur.

This slideshow requires JavaScript.

program bermula pada jam 4.30 petang berakhir 7.00pagi keesokan harinya

4.30-5.00pm : pelajar bekumpul di surau al-rahman menunaikan solat asar.

5.00-6.30pm : pertandingan kuiz ramadhan

6.30-7.00pm : pertandingan hafazan antara pelajar

7.00-8.00pm : persiapan berbuka puasa, berbuka puasa & solat maghrib

8.00-9.00pm : pertandingan tazkirah

9.00-9.15pm : solat isya’ & Tarawih

10.10-10.30pm : sambung pertandingan tazkirah

10.30-11.00pm : bersiap untuk tidur (bagi pelajar darjah6, tingkatan 3,4 & 5)

11.00-4.30am : tidur

4.30-5.45am : Qiamullaih & Sahur

5.45-6.15am : Solat Subuh

6.15-7.00am : Bersiap ke sekolah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s