:: SELAMAT DATANG KE SMAT AL-RAHMAN ::

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

logo-smat-PNGLaman ini merupakan suatu medium perantara bagi warga sekolah dengan para pelajar, ibu bapa dan masyarakat sekeliling untuk berkongsi maklumat terkini berkaitan SMAT Al-Rahman, SRI Al-Rahman & KAFA integrasi Al-Rahman dari semasa ke semasa. Semoga perkongsian maklumat di sini akan membantu membentuk pembangunan ilmu serta sahsiah para pelajar demi agama, keluarga, bangsa dan negara.

Jazakallahu Khairan Kathiran | Terima Kasih | Syukran Jazilan


26 responses to “:: SELAMAT DATANG KE SMAT AL-RAHMAN ::

  1. Wsalam.
    Syarat kemasukan tahun 1 ialah berumur 7 tahun, manakala tadika berumur 5&6 tahun. Untuk hal yuran Tuan dikehendaki hadir ke pejabat untuk perincian.
    Maaf moga membantu.

  2. Tuan boleh melihat paparan iklan KLIK “Jawatan Kosong” . Mungkin ada maklumat terkini mengenainya.

    Tuan juga boleh menghantar resume pada bila-bila masa. Sama ada secara elektronik atau secara asli. Lihat CARA MEMOHON diruang Jawatan Kosong

    Hanya calon yang disenarai pendek sahaja dipanggil temuduga.

  3. Assalammualaikum, Ustaz.
    Anak saya sekarang berada di Tahun 3 Sekolah Kebangsaan, juga mengikuti sekolah KAFA di sini semenjak Tahun 1, bolehkah sekiranya saya ingin menukarkan anak saya dari Tahun 3 di Sekolah Kebangsaan ke Sekolah Rendah Islam?.. Apakah prosedur yang perlu saya ikut dan berapakah yuran bulanan sekolah Rendah Islam ini serta apakah had limit murid-murid dalam satu kelas, sekian terima kasih.

    • waalaikumsalam,
      maaf atas kelewatan menjawab pertanyaan puan,kerana pengurusan blog sedang dikemaskini.
      anak puan layak untuk masuk ke SRI AL-Rahman,kerana silibus pelajaran adalah sama dan ditambah dengan kelas hafazan diakhir waktu selama 1jam.
      sesi persekolahan bermula dari jam 7.35pg hingga 3ptg.
      Puan boleh datang ke sekolah untuk pertanyaan lanjut atau telefon pengetua +60192545649.
      terima kasih,

  4. guru2 di SMAT adalah lepasan ijazah, guru bahasa melayu adalah lepasan ijazah Bahasa Melayu dari ukm.tk.

  5. ass. terima kasih atas usaha yang dilakukan oleh pihak SMATAR, anak saya tak pernah belajar agama dan jauh ketinggalan, kini anak saya bukan sahaja pandai dalam bidang agama malah berusaha mencapai tahap terbaik dalam kokurikulum. syukur saya panjat kan kepada tenaga pengajar juga pengetua SMATAR.

    • Sama-sama.Menjadi tanggunag jawab kita dalam mendidik anak-anak dan anak didik kita agar berjaya bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi dalam bidang agama yang menjadi tunjang akhlak generasi muda..terima kasih 🙂

  6. salam.anak saya dia tak ambik UPSR dan PSRA boleh ke masuk ke sekolah tuan.terimakasih

  7. salam.Skadar nak mnyatakan ucapan terima ke SMATAR dan syukur khdrat ilahi.Anak sy tgkt 1 dan duduk asrama.Blum smpai 2 bulan di sini,sudah nmpk byk perubahan +ve pada nya. alhmdulilah dgn kputusan upsr dan psra yg serba sdahana pada awalnya sy buntu krna pmohonan ke aliran agama sek bantuan kerajaan dan bberapa sek swsta,semuanya ditolak. Dan dgn izin allah dan mgkn juga berkat doa serta harapan yg x putus2,akhirnya allah mbuka jalan sy utk hantar ank ke SMATAR.sparuh hari pertama ke SMATAR dia penuh emosi dan menitiskan airmata.Slps sesi ice breaking dan sblh ptg sy mlawatnya semula dia da boleh tsenyum smpai telinga. Terima Kasih byk2 kpd Pengetua dan warga SMATAR. Harapan sy dan mgkn juga ibubapa yg lain agar warga SMATAR diberkati dilindungi allah swt dan terus mbimbing anak2 kami ke jalan yg lebih sempurna dan diredhai, Insyaallah….

  8. wslm. puan boleh datang ke sekolah utk pertanyaan lanjut.kami adakan temu duga utk anak puan.tk.

  9. puan boleh menghubungi ust shafie(pengetua) 019-2545649 utk makluman lanjut

  10. penempatan rm 100 = 1 bulan
    yuran makan 1 hari = RM 10(3x sehari)

  11. assalamualaikum ustaz, saya nk tanya kemasukan pelajar tingkatan 1 ada kosong lg tk? untuk makluman anak saya dh masuk sekolah agama di pahang tapi , saya rasa susah sangat nk berulang alik sebab jauh. Jadi saya harap sangat-sangat ustaz pertimbangkan. Terima Kasih..

  12. Assalamualaikum..saya ingin bertanya utk masukkn ank perempuan saya tingkatan 1 thn dpn..bagaimana caranya? UPKK thn lps ank saya dpt 5A3B..

    • Wslm.
      Tuan/Puan boleh dtg ke sekolah spnjg bulan disember ini utk proses pndaftaran pel kecuali hari ahd.
      Mklumat yg dperlukan adlh sijil UPSR, PSRA.Mempunyai asas bhs arb, tulian jawi & Al-Quran.tk.

  13. Liana Ekmal

    Assalamualaikum ustaz, anak saya berminat untuk menyambung persekolahan diSMATAR untuk tahun 2015. Anak saya berusia 15 tahun pada tahun hadapan untuk kemasukan tingkatan 3. Adakah anak saya boleh diterima masuk di SMATAR? Keputusan peperiksaan agama 2012 . 3A, 3B & 1 C. Lulus Cemerlang pada subject JAWI & Lulus pada Khat. Purata GP. 3.3.

    • Wslm.
      Sekurang2nya anak Tuan/Puan msti dr sekolah menengah agama@ mngambil subjek bhs arab di sek men kebangsaan.krn semua subjek agama di SMATAR adlh dlm bahasa arab.

  14. mohd subri daud

    salam tuan,bagaimana proses pendaftaran tingkatan 1 untuk sesi persekolahan tahun 2015?

  15. as salam nak tanye sikit..sekolah bermula pada 5 januari atau 12 janauari???

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s