KALAM MUDIR

Pengetua-SMAT

“Didikan agama adalah perkara penting yang perlu diberi perhatian selain pencapaian cemerlang dalam akademik. Pembangunan yang seimbang hanya mampu dicapai sekiranya masyarakat hari ini berjaya menguasai bidang agama dan pada  masa yang sama mencipta kejayaan dalam bidang profesional”


     SUMBANGAN & CEK ATAS NAMA :


TERIMA KASIH & JAZAKALLAH kepada yang telah menyumbang dalam bentuk Zakat, Sumbangan, dan Wakaf. Hanya Allah Taala sahaja yang layak untuk mebalas jasa kalian semua.

wakaf-500

8 responses to “KALAM MUDIR

  1. Pengetua yang hensem,,,heheh =)

  2. حمدا لله على سلامة الوصول وعمرة مقبوله ان شاء الله
    عمار ياسر سفن تورز مصر

  3. Salam,

    Semoga tenaga pengajar Ar-Rahman yang dipimpin oleh pengetuanya, iaitu Tuan Haji Shafie bin Juri sentiasa dipermudahkan oleh Allah SWT dalam urusan jihad untuk menegakkan dakwah syiar Islamiah melalui pendidikan. Saya merupakan salah seorang daripada ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah ini. Harapan saya dan ibu bapa yang lain insya’Allah sama, iaitu ingin anak mendapat pendidikan Islam (akhirat)dan akademik yang sempurna hasil tangan daripada mereka yang mempunyai ilmu dalam bidang agama, khasnya mempunyai ilmu al-Quran yang boleh diterapkan dalam setiap mata pelajaran yang diajar di sekolah Ar-Rahman, sama ada di SRI atau SMAT.
    Setelah menghantar anak selama dua tahun di sini, saya ingin cadangkan beberapa perkara bagi memantapkan lagi sistem pengajaran dan pembelajaran di Ar-Rahman. Setiap kali selepas peperiksaan, terutamanya hujung tahun saya minta supaya para guru mengatur jadual yang baharu dan antara pengisiannya ialah memantapkan lagi hafazan para pelajar yang masih di tahap sederhana atau lemah. Ini mengelakkan daripada pelajar membuang masa dan terlupa ayat-ayat yang telah dihafaz sebelum ini. Saya percaya silibus yang diajarkan telah selesai dan masa yang ada sebelum cuti sekolah juga boleh diisi dengan aktiviti kuiz/latihan ulang kaji untuk memantapkan pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Arab, Matematik atau Sains atau mata pelajaran lain yang peratusannya kurang memuaskan. Tambahan pula, yuran untuk November dibayar penuh oleh ibu bapa. Selain itu, masa tersebut juga boleh diisi dengan bacaan Iqra’atau mungkin aktiviti-aktiviti lain yang lebih bersifat interaktif.
    Insya’Allah segala usaha yang dilaksanakan oleh tenaga pengajar Ar-Rahman (SRI dan SMAT) akan sentiasa dipermudahkan oleh Allah sekiranya usaha itu diiringi dengan niat yang betul dan ikhlas. Semoga cadangan saya ini mendapat perhatian daripada pihak sekolah. Wallahualam.

  4. Asalamualaikum, saya ingin mencadangkan kepada pihak Ar-Rahman supaya memulakan waktu persekolahan dengan mengadakan solat sunat dhuha dan juga mata pelajaran hafazan atau iqra’ terlebih dahulu. Fikiran pelajar pada waktu pagi masih segar lagi dan ini boleh membantu pelajar untuk menerima mata pelajaran akademik atau subjek agama yang lain. Wallahualam.

  5. saya nak tanya apa syarat kemasukan pelajar sekolah rendah

  6. harap dpt wujudkan no telefon pejabat. tq

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s