:: SELAMAT DATANG KE SMAT AL-RAHMAN ::

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

logo-smat-PNGLaman ini merupakan suatu medium perantara bagi warga sekolah dengan para pelajar, ibu bapa dan masyarakat sekeliling untuk berkongsi maklumat terkini berkaitan SMAT Al-Rahman, SRI Al-Rahman & KAFA integrasi Al-Rahman dari semasa ke semasa. Semoga perkongsian maklumat di sini akan membantu membentuk pembangunan ilmu serta sahsiah para pelajar demi agama, keluarga, bangsa dan negara.

Jazakallahu Khairan Kathiran | Terima Kasih | Syukran Jazilan


KALAM MUDIR

Pengetua-SMAT

“Didikan agama adalah perkara penting yang perlu diberi perhatian selain pencapaian cemerlang dalam akademik. Pembangunan yang seimbang hanya mampu dicapai sekiranya masyarakat hari ini berjaya menguasai bidang agama dan pada  masa yang sama mencipta kejayaan dalam bidang profesional”


     SUMBANGAN & CEK ATAS NAMA :


TERIMA KASIH & JAZAKALLAH kepada yang telah menyumbang dalam bentuk Zakat, Sumbangan, dan Wakaf. Hanya Allah Taala sahaja yang layak untuk mebalas jasa kalian semua.

wakaf-500

Tahniah PT3 2015!

Keputusan-PT3Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang di dalam PT3 2015! Sesungguhnya kejayaan yang ditempa adalah bukti kesungguhan dan kegigihan sepanjang 2015! Tahniah sekali lagi diucapkan! Kejayaan anda kesyukuran kami!

pt3-student

Image

Selamat Datang ke AL-RAHMAN!

pendaftaran-2015

Bagi tahun 2016, Sekolah Rendah Islam Al-Rahman masih mempunyai  kekosongan 3 kelas baru bagi darjah 1

Manakala Sekolah Menengah Agama Tinggi Al-Rahman masih mempunyai kekosongan 3 kelas baru bagi tingkatan 1

SYARAT KEMASUKAN KE TINGKATAN 1:

UPSR: SEKURANG-KURANGNYA 1A

PSRA: SEKURANG-SEKURANGNYA MAQBUL

Majlis Anugerah Kecemerlangan PSRA 2015

IMG-20151121-WA002118 November 2015, bertempat di Dewan Al-Rahman, dengan limpah dan kurniaan Allah Taala, Majlis Anugerah Kecemerlangan PSRA 2015 telah diadakan bagi meraikan kejayaan pelajar-pelajar SRI Al-Rahman dan juga KAFA Integrasi Al-RAhman. Majlis yang bermula pada jam 8.00 malam itu telah dihadiri Continue reading

Majlis Graduasi Tingkatan 5 2015

graduasi-2
Bertempat di Dewan Sekolah Menengah Agama Tinggi Al-Rahman, pada 8 Oktober 2015, suatu majlis bersejarah telah diadakan sebagai satu kenangan dan juga pembakar semangat kepada semua Continue reading

Lawatan Sektor Pengurusan Naziran, Bahagian Pendidikan Islam JAIS


Pada 20 Ogos 2015 bersamaan hari Khamis, pihak sekolah dengan berbesar hati telah menerima Lawatan Sektor Pengurusan Naziran, Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi tujuan Continue reading

Program Galakan Suntikan HPV

hpv-1

Meraikan seruan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Sekolah Menengah Agama Tinggi Al-Rahman telah mengadakan program galakan suntikan HPV bagi semua pelajar perempuan sebagai persediaan vaksin kepada kanser serviks.

hpv-2

Mengikut statistik dari Daftar Kanser Kebangsaan, dianggarkan bahawa dua hingga tiga kes baru dilaporkan setiap hari sejak Continue reading

Selamat menduduki peperiksaan SPM

SPM-GUD-LUCKSelamat menduduki peperiksaan SPM 2016 kepada semua calon SPM Sekolah Menengah Agama Tinggi Al-Rahman. Doa kami guru-guru Al-Rahman, semoga kejayaan milik anda semua. Buktikan kepada guru-guru, ibu bapa dan masyarakat bahawa anda semua adalah generasi pewaris bangsa, agama dan negara!

Hari Anugerah Cemerlang 2015 | 29.08.2015

DCR_4437Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah mengizinkan program Hari Anugerah Cemerlang (HAC) 2014 berjalan dengan lancar. Bertempat di Dewan Al-Rahman, 29 Ogos 2015 bersamaan hari Sabtu, Majlis Hari Anugerah Cemerlang telah dilangsungkan bagi memberi penghargaan kepada anak-anak didik Al-Rahman yang telah berjaya mendapat keputusan terbaik pada tahun lepas.

Majlis bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 petang. Majlis penuh gilang-gemiliang pada kali ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Mohammad Amir selaku Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dari Ustaz Redza Bin Emran dan juga alunan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran daripada pelajar SMAT Al-Rahman, Siti Zulaikha Binti Mohd Nazri bagi Continue reading

Perhimpunan Mingguan Sekolah Al-Rahman 2015


Rutin mingguan Sekolah Al-Rahman ialah mengadakan perhimpunan pada setiap hari Isnin di dataran berhampiran sekolah. Perhimpunan mingguan ini di adakan bagi memberi peringatan, teguran dan nasihat kepada para pelajar. Guru-guru yang bertugas akan memimpin perhimpunan yang Continue reading

Aktiviti pelajar Sekolah Rendah Islam Al-Rahman

Sebahagian daripada rutin wajib pelajar-pelajar sekolah rendah pada waktu pagi ialah membaca Al-Quran dan juga Iqra. Bagi pelajar yang masih tidak lancar membaca Al-Quran, mereka akan dilatih terlebih dahulu menggunakan buku kaedah membaca Iqra. Bagi yang telah lancar membaca, mereka akan Continue reading